Welcome

Kekasihku Rasullah

Rasullah SAW: Sayang Kepada Haiwan

Pada suatu hari, Rasullah SAW melalui sebuah kebun kepunyaan Ansar. Di dalam kebun itu, Rasullah SAW terlihat seekor unta yang sedang mengerang kesakitan sehingga mengeluarkan air mata. Lalu, Rasullah SAW mendekati dan mengusapkan tangannya ke atas belakang unta itu. Tidak berapa lama kemudian, datanglah seorang pemuda Ansar iaitu pemilik unta tersebut. Pemuda itu berkata, "Unta itu adalah milikku, wahai Rasullah"

Rasullah SAW bertanya: "Adakah anda tidak takut kepada Allah yang telah memberikanmu unta ini? Sesungguhnya unta ini telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membiarkannya kelaparan dan memaksanya melakukan perkejaan yang berat."

Dalam suatu kisah yang lain pula, Rasullah SAW melihatbeberapa orang sahabat sedang membakar sarang semut. Lalu, Rasullah SAW bertanya: "Siapakah yang membakar ini?" Maka para sahabat pun mengaku bahawa merekalah yang membakarnya. Lalu, Rasullah SAW berkata,: "Yang layak menyeksa mereka dengan api hanyalah Tuhan kepada api (iaitu Allah) sahaja.

Rasullah SAW juga sering menasihati sahabat-sahabat baginda agar sentiasa berhati-hati agar jangan samppai menyakiti atau melukai tubuh haiwan tersebut. Rasullah SAW tidak melarang kita memancing, tetapi Rasullah SAW melarang kita berburu untuk tujuan suka-suka dan bukannya untuk dimakan. Rasullah SAW pernah menasihati para sahabatnya. "Desiapa yang memmbunuh seekor burung secara sia-sia (bukan untuk dimakan), burung itu akan datang kepada Allah pada hari kiamat dan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya orang ini telah membunuhku secara sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk manfaat dariku."

Cerita-cerita di atas menggambarkan betapa halusnya perasaan kasih dan sayang Rasullah SAW terhadap haiwan. Rasullah SAW telah membawa rahmat kepada seluruh makhluk di dunia ini. Ajarannya tidak hanya melindungi hak-hak manusia sahaja, tetapi juga melindungi hak-hak haiwan yang dicipta oleh Allah Yang Maha Besar.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kekasihku Rasullah"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates