Welcome

Tokoh Islam:Maryam Wanita Beriman Yang Diuji Allah

Setiap hari, Maryam tekun beribadah di biliknya. Suatu hari, ketika Nabi Zakaria mengujungi Mariam di biliknya, Nabi Zakaria terkejut apabila melihat hidangan makanan di sisi Maryam. Sedangkan tiada siapa yang menghantar makanan masuk ke bilik Maryam. Lalu, Nabi Zakaria bertanya:"Wahai Maryam, dari manakah datangnya makanan ini?". Dengan tenang, Maryam menjawab.:"Makanan itu daripada Allah, Tuhan yang memberi rezeki kepada hambanya jika Allah mengkhendakinya.". Kejadian yang dialami oleh Maryam itu merupakan sebahagian daripada kelebihan yang Allah anugerahkan kepada hamba-Nya yang beramal soleh.

Ketka Maryam bersendirian, tiba-tiba muncul seorang lelaki dihadapannya. Maryam sangat terkejut dan takut apabila melihat kehadiran lelaki itu. Lalu, lelaki itu berkata:"Bertenanglah, dan jangan takut. Aku adalah utusan Tuhanmu, datang untuk memberi anak suci kepadamu.".

"Demikianlah, jika Allah kehendaki. Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu mudah". Selesai sahaja lelaki itu memberitahu Maryam, lelaki itu terus menghilangkan diri. Maryam berasa akan ada sesuatu yang bakal terjadi kepadanya namun, Maryam tetap terus beribadah kepada Allah dengan tekun.

Setelah masa berlalu, perut Mariam semakin membesar. Maryam membawa diri agar jauh dari cemuhan orang ramai yang mengganggapnya wanita yang berketurunan mulia, tetapi tidak bermoral. Hatinya terasa sedih dan merintih atas apa yang terjadi kepadanya. Namun dengan kekuatan iman, Mariam mampu menempuh ujian daripada Allah itu.

Apabialwaktu melahirkan hampir dekat, Maryam berhenti berteduh di bawah sepohon pokok kurma. Di tengah padang pasir yang tandus dan kering itu, lahirlah seorang bayi yang mulia. Dengan perasaan terharu dan sedih,Maryam menatap mata bayi mata bayi yang mulia. Di tengah-tengah padang pasir itu , tidak ada najabab yang boleh mengembalikan tenaga tubuhnya. Tiba-tiba, Maryam mendengar satu suara.
"Janganlah engkau bersedih hati. Tuhanmu telah menjadikan sungai yang mengalir dibawahmu untuk minum dan goyangkanlah pohon kurma itu agar ia menggungurkan kurma yang masak. Makan dan minumlah sesuka hatimu. Jika ada orang bertanya, diamlah dan jangan berkata apa-apa hari ini". Maryam terus melakukan apa yang disuruh oleh suara itu. Setelah makan dan minum, Maryam pun pilih dan mendapat tenaganya kembali. Begitulah kekuatan iman seorang wanita yang solehah.

Ujian yang diterima oleh orang Mukmin adalah untuk mengenal pasti siapakah diantara mereka yang baik amalannya. Allah SWT menguji orang yang sabar dengan ujian demi ujian. Orang Mukmin yang tinggi kesabarannya akan menyerahkan semuanya kepada Allah SWT dengan berkat."Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Tidak ada kekuasaan dan tidak ada kekuatan kecuali Allah SWT". Begitulah orang Mukmin yang apabilam dimuliakan, dia akan bersyukur dan apabila diuji dia akan bersabar.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Penghuni Syurga

"Di dalam syurga ada bilik-bilik yang indah. Dindingnya tembus padang, dipenuhi pula dengan hiasan yang mempersenokan. Dalam bilik itu terdapat pemandangan yang tidak pernah ada di dunia. Terdapat pula hiburan yang tidak pernah disaksikan orang semasa hidupnya."Demikian kata-kata Rasullah SAW kepada para sahabat tentang keindahan di dalam syurga.

"Untuk siapa bilik-bilik itu wahai Rasullah?" Tanya salah seorang sahabat yang mendengar penjelasan Rasullah SAW tentang syurga itu.

"Untuk mereka yang menyemarakkan salam, memberi makan kepada memerlukan, membiasakan puasa dan solat pada waktu malam ketika orang lain masih nyenyak tidur,"jawab Rasullah SAW.

"Siapakah yang mampu melakukan itu semua, wahai Rasullah?" Para sahabat terus bertanya.

"Mereka yang pabila bertemu dengan sahabatnya selalu memberi salam. Itulah disebut. Adapun, orang yang memberi makan kepada yang memerlukan adakah mereka yang telah memberi nafkah kepada keluarganya dengan baik dan mencukupi. Mereka membiasakan diri dengan berpuasa iaitu menahan diri daripada semua hawa nafsu, bukan sekadar menahan lapar dan halus. Orang yang melakukan solat pada waktu malam ketika orang lain tidur nyenyak adalah orang-orang yang solat Isyak dan solat Subuh berjemaah pada saat orang lain sedang tidur."

Adik-adik, selepas Rasullah SAW selesai berkata, para sahabat baginda mula berfikir. Adakah mereka dapat menjadi penghuni syurga seperti yang disebutkan itu? Jika para sahabat yang sentiasa rapat dan mendengar nasihat daripada Rasullah SAW tertanya - tanya adakah mereka dapat menjadi penghuni syurga, maka kita juga perku lebih memikirkannya. Adakah kita layak memikirkannya menjadi penghuni syurga yang diperkatakan oleh Rasullah SAW? Insya-Allah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tamak Mengundang Mudarat

Hadith :
Abu Said al-Khudri menerangkan bahawasanya Nabi SAW pada suatu hari duduk di atas mimbar dan kami duduk di sekitarnya. Maka nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara yang aku takut terhadap diri mu sesudah wafat ku ialah kemewahan yang diberikan kepada mu. Iaitu kemewahan dunia dan hiasannya. Maka seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kebaikan itu mendatangkan kejahatan? Maka nabi berdiam diri. Kerana itu seseorang berkata kepada orang tersebut : “Mengapa kamu? Apa urusan mu? Engkau bertanya kepada nabi, baginda tidak mahu menjawab. Kemudian kami melihat bahawasanya nabi sedang diturunkan wahyu kepadanya. Abu Said berkata; “ Maka nabi menyapu peluh pada dirinya dan nabi bertanya: “Mana si penanya?” seolah-olah nabi memuji orang tersebut. Kemudian nabi bersabda: “Sesungguhnya kebaikan itu tidak mendatangkan kejahatan. Dan sesungguhnya di antara yang ditumbuhkan musim bunga, ada yang memusnahkan binatang lantaran kekenyangan atau hampir-hampir membinasakannya kecuali binatang yang memakan sayur-sayuran. Dia memakan umpan hingga apabila telah buncit lambungnya, maka dia pun menatang matahari lalu dia mengeluarkan kotoran dan kencing serta pergi ke padang penggembalaan. Dan sesungguhnya harta itu indah lagi sedap. Maka sebaik-baik harta orang Muslim ialah yang diberikan sebahagiannya kepada orang miskin, anak yatim dan ibnu sabil. Atau sebagaimana nabi pernah sabdakan. Dan bahawasanya orang yang mengambil harta dengan bukan haknya adalah sebagai orang yang memakan dan tidak merasa kenyang. Dan jadilah harta itu saksi atas dirinya di hari kiamat.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian
Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan suka mengumpulkan harta akan tetapi tidak suka bersedekah dan menafkahkan harta tersebut ke jalan Allah. Sedangkan orang yang banyak bersedekah adalah orang yang melaburkan saham untuk kepentingan akhirat. Hakikatnya harta itu adalah fitnah seumpama binatang yang hidup di padang ternakan. Ada yang mati akibat terlalu banyak makan dan ada yang mengeluarkannya kembali sehingga tidak membuncitkan perutnya. Perumpamaan ini adalah bagi orang yang membelanjakan hartanya di jalan-jalan kebajikan. Justeru dalam mencari harta kita perlu bersederhana jangan terlalu tamak hingga mengundang mudharat.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bersabar Dari Kesempitan Hidup

Hadith :
Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian
Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Balasan Di Dalam Neraka

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar".

Abu Hurairah r.a
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menjauhi Segala Bentuk Syirik

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”


Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad



Huraian
Pengajaran hadis:
i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di sisi Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor.
ii) Perbuatan ini adalah termasuk dalam perbuatan ‘syirik yang tersembunyi’ yang diertikan sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya disebabkan tangkal azimat yang digunakan itu maka seseorang itu terselamat daripada bahaya dan sebagainya.
iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang demikian tidaklah diharamkan.
iv) Di antara perbuatan syirik tersembunyi yang lain adalah seperti;
a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.
b) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah.
c) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
d) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya” dan sebagainya.
e) Mengatakan:” Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri”.
f) Melakukan sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain.
v) Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Perihal Jin

Hadith :
Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".

Abu Zar r.a



Huraian
Pengajaran hadith:
i) Kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.
ii) Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai “syaitan manusia”.
iii) Maka berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan “syaitan manusia” ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Wasiat Rasulullah

Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya:”Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa:”Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya :”Tidak!” Aku bertanya:”Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya:”Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).”

(Muslim)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kesukaan Dan Kebencian Allah Swt

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya Allah meredhakan tiga perkara bagi kamu dan Ia membenci tiga perkara bagi kamu. Ia redha supaya kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan supaya kamu semua berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan Ia membenci bagi kamu berkata begini begitu, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.”

(Muslim)



Huraian
Selaku hamba, kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Apa sahaja yang kita lakukan jika Allah menyukainya, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai satu amalan. Sama ada kecil atau besar, wajib atau sunat asalkan Allah menyukainya, kita mestilah melakukannya. Itulah manifestasi dari cinta kita yang mendalam terhadap Allah SWT. Samalah juga keadaannya dengan seseorang yang tentu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya. Ia bukan soal mendapat pahala atau fadhilat tetapi lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Allah. Begitu juga dengan aspek kebencian. Ia hendaklah selari dengan kebencian Allah dengan maksud bahawa kita meninggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan yang dibenci oleh Allah. Dalam hal ini tidak dinafikan bahawa nafsu pasti mendorong kita untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi iman yang kuat dan teguh akan dapat melawan nafsu disebabkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam dalam diri. Itulah antara ciri-ciri taqwa yang sejati.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Binatang Fasiq

Hadith :
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Lima binatang fasiq yang dibunuh di tanah halal dan di tanah haram iaitu burung gagak, burung helang, kala jengking, tikus dan anjing gila @ galak.”

al-Bukhari dan Muslim



Huraian
Binatang-binatang yang disebutkan di dalam hadis di atas adalah binatang yang berbisa dan kotor. Burung helang dan gagak contohnya mempunyai kuku pencakar, paruh yang tajam dan makan secara menyambar. Islam menghalalkan kita membunuhnya kerana ia membawa kemudaratan dan bahaya kepada manusia. Ia juga tidak boleh dimakan kerana mengandungi bisa, bahaya dan kotor seperti tikus dan anjing gila yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit yang membawa maut. Islam sesungguhnya berpendirian tegas tentang halal dan haram dalam pemakanan kerana makanan yang baik dan suci akan membentuk jiwa yang bersih dan mudah menerima hidayah daripada Allah SWT. Dalam amalan para sufi, penekanan terhadap kebersihan dan kesucian sesuatu makanan amatlah dijaga dan dititikberatkan supaya hati tidak dicemari daripada perkara-perkara yang syubhah dan haram yang akan menjauhkan diri seseorang daripada Allah. Hati yang rosak menyebabkan seseorang itu lalai daripada mengingati Allah SWT. Justeru pemakanan yang halal dan suci amat penting dalam kehidupan setiap Muslim.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan."

'Uwaimi bin Sa'idah



Huraian
Pengajaran hadith:
i) Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.
Ii) Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruhumat Islam.
Iii) Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
Iv) Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
v) Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kesengsaraan Di Padang Mahsyar

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".

Miqdad bin al-Aswad r.a
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenal Allah:Al-Ra'uuf Maha Pengasih Dan Penyayang

Allah memiliki nama-nama yang baik disebut dengan Asmaul Husna. Rasullah SAW menjelaskan bahawa Asmaul Husna ini jumlahnya ada 99, kerana Allah menyukai bilangan yang ganjil.

Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu seratus kurang satu. Sesiapa yang menghitungnya, nescaya ia masuk syurga." (Riwayat Bukhai dan Muslim)

Kali ini kita akan sama-sama melihat nama Allah SWT iaitu Ar-Ra'uuf yang bermaksud Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Kasih sayang Allah SWT tidak terhitung nilainya oleh kita sebagai hambaNya. Betapa luasnya dan besar rahmat kasih sayang-Nya kepada kita kerana setiap hajat dan doa yang kita minta kepada-Nya pasti akan termakbul. Cuma cepat atau lambat sahaja permintaan kita itu akan ditunaikan-Nya. Justeru, kita seharusnya tidak berputus asa untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana setiap apa yang yerniat di hati kita pasti diketahui oleh Nya.

Firman Allah SWT: "Dan sebutlah serta ingatlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintahNya) dan dengan tidak menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan jangan lah engkau dari kalangan orang-orang yang lalai." (al-A'raf:205)

Kelembutan dan kasih sayang Allah SWT ini dapat dilihat apabila Allah, mengindarkan hamba-Nya dari marabahaya, menerima taubat mereka, memuliakan para wali dan Nabi-Nya dengan menjauhkan mereka dari maksiat.

Walau bagaimanapun, kadangkala kita sering kali mengeluh takdir hidup yang kita terima. Sedangkan segala sesuatu yang kita anggap sukar dan bencana, sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Namun, setelah semuanya berlalu, barulah kita sedar dan mengerti bahawa di sebalik setiap peristiwa yang dialami, terdapat nikmat menjaga keimanan kita. Bahkan nikmat Allah sangat luas meskipun kita belum atau tidak mengetahui wujudnya. Sebgai hamba, kita perlu yakin bahawa kasih sayang dan kelembutan Allah pasti akan menyinari hidup kiat.


Kelebihan Zikir Nama ar-Ra'uuf

*Amalkan zikir ini berulang kali, insya-Allah hidup akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.
*Seorang yang pemarah, emosional dan mengalami tekanan darah tinggi, hendaklah memperbanyakkan zikir dengan nama Allah SWT akan menganugerahkan rasa sabar dan keteguhan hati dalam mengawal emosi.
*Selain itu, sesiapa yang sentiasa mengamalkan zikir ini siang dan malam, mudah mendapat pertolongan daripada orang lain. Inilah di anrara hikmah mengamalkan zikir ini. Sesiapa melihat wajahnya mudah menaruh simpati.
*Untuk mencotohi nama ini dalam hidup sehari-hari, kita hendaklah mengamalkan sifat belas kasihan terhadap makhluk di muka bumi . Rasullah SAW bersabda : "Kasihanilah makhluk di bumi nescaya kamu dikasihani oleh makhluk yang di langit(Allah dan malaikat-malaikat-Nya)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sebenarnya...

Sebenarnya tujuan saya untuk membuat blog ini adalah dengan niat yang baik... Saya bukannya hendak memalukan sesiapa, tetapi, saya hanya mahu menasihati.. Tujuan dan niat saya hanya satu, ingin memperbaiki sikap dan perilaku kaum Muslim. Itu sahaja.Sambil itu memang saya sengaja memasukkan hadith dan lain-lain, supaya anda mempercayai apa yang saya terangkan

Sekali lagi, tujuan saya hanya satu, memperbaiki perilaku kaum Muslim..

Sekian terima kasih
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jom Dengar!

"Luqman berkata: Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perkara) seberat biji sawi dan berada dalam batu, di langit atau di dalam bumi, pasti Allah akan membalasnya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Surah Luqman:16)

"Cabang iman ada 60 atau 70 lebih. Cabang yang paling tinggi adalah ucapan 'Lailahaillallah', sedangkan cabang yang paling rendah adalah membuang gangguan yang terdapat di jalanan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Syurga DiTelapak Kaki Ibu

Luqman al-Hakim pernah bercerita, mengenai seorang pemuda yang meninggalkan ibunya untuk pergi ke Mekah. Walaupun ibunya tidak mengizinkan, pemuda itu tetap meneruskan hajatnya . Ibu tua itu terlalu sedih, lalu berdoa agar Allah membalas perbuatan anaknya. Dalam perjalanan, pemuda itu telah ditangkap oleh penduduk sebuah kampung kerana disangka seorang pencuri. Akibatnya, dia telah dijatuhi hukuman sebagaimana hukuman seorang pencuri. Walaupun pemda itu tidak mencuri, tetapi apa yang diterimanya adalah balasan A;;ah kerana telah menyinggung perasaan ibunya
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tokoh Islam: Al-Razi Doktor Yang Hebat

Al-Razi ialah seorang tokoh Muslim yang berjaya dan terkenal dalam bidang kedoktoran. Beliau dikenali sebagai seorang yang pemurah. Sayang kepada pesakit-pesakitnya dan dermawan kepada golongan miskin dengan memberikan rawatan secara percuma kepada mereka. Al-Razi disifatkan sebagai seorang doktor Muslim yang hebat dan juga penulis yang aktif pada masa itu.

Sebelum menjadi doktor, Al-Razi merupakan pemain gambus dan boleh menynyi. Setelah dewasa, beliau mula mendalami bidang perubatan dan falsafah. Dalam masa yang sama, beliau juga belajar ilmu matematik, astronomi, sastera dan kimia.

Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor pakar yang hebat tersebar luas ke seluruh dunia. The Arabic Galeri. Beliau juga diberi kepercayaan untuk memimpin hospital selama enam tahun sebelum berpindah ke Baghdad.

Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar tulen (small ox) dan campak biasa (measles) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia barat. Malah, buku kajiannya itu turut dicetak ulang beberapa kali sehinggalah abab ke-18M.

Kemasyhuran al-Razi menjadi kebanggan dunia Islam dan Barat. Ini terbukti apabila banyak karya beliau telah dijadikan rujukan dalam bidang perubatan sehingga kini.

Malangnya akibat terlalu banyak membaca dan menulis, al-Razi telah mengalami sakit mata dan kemudiannya buta di akhir hayat hidupnya.


Maklumat..

Nama gelaran:Al-Razi
Nama sebenar:Abu Bakar Muhammda bin Zakaria al-Razi
Lahir:236H/850M
Tempat lahir:Ray, Tehran
Meninggal dunia:5 Syaaban 313H/925 M


Pengajaran: Adik-adik, cuba kita renungkan bagaimana kehidupan al-Razi sebagai seorang muslim yang banyak memberi sumbangan kepada Islam. Kecintaannya kepada ilmu telah mendorong beliau untuk menjadi seorang yang sangat berjaya. Adik-adik, jika boleh, hidup kita biarlah berjasa dan dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa, dan negara
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kekasihku Rasullah

Rasullah SAW: Sayang Kepada Haiwan

Pada suatu hari, Rasullah SAW melalui sebuah kebun kepunyaan Ansar. Di dalam kebun itu, Rasullah SAW terlihat seekor unta yang sedang mengerang kesakitan sehingga mengeluarkan air mata. Lalu, Rasullah SAW mendekati dan mengusapkan tangannya ke atas belakang unta itu. Tidak berapa lama kemudian, datanglah seorang pemuda Ansar iaitu pemilik unta tersebut. Pemuda itu berkata, "Unta itu adalah milikku, wahai Rasullah"

Rasullah SAW bertanya: "Adakah anda tidak takut kepada Allah yang telah memberikanmu unta ini? Sesungguhnya unta ini telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membiarkannya kelaparan dan memaksanya melakukan perkejaan yang berat."

Dalam suatu kisah yang lain pula, Rasullah SAW melihatbeberapa orang sahabat sedang membakar sarang semut. Lalu, Rasullah SAW bertanya: "Siapakah yang membakar ini?" Maka para sahabat pun mengaku bahawa merekalah yang membakarnya. Lalu, Rasullah SAW berkata,: "Yang layak menyeksa mereka dengan api hanyalah Tuhan kepada api (iaitu Allah) sahaja.

Rasullah SAW juga sering menasihati sahabat-sahabat baginda agar sentiasa berhati-hati agar jangan samppai menyakiti atau melukai tubuh haiwan tersebut. Rasullah SAW tidak melarang kita memancing, tetapi Rasullah SAW melarang kita berburu untuk tujuan suka-suka dan bukannya untuk dimakan. Rasullah SAW pernah menasihati para sahabatnya. "Desiapa yang memmbunuh seekor burung secara sia-sia (bukan untuk dimakan), burung itu akan datang kepada Allah pada hari kiamat dan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya orang ini telah membunuhku secara sia-sia dan dia tidak membunuhku untuk manfaat dariku."

Cerita-cerita di atas menggambarkan betapa halusnya perasaan kasih dan sayang Rasullah SAW terhadap haiwan. Rasullah SAW telah membawa rahmat kepada seluruh makhluk di dunia ini. Ajarannya tidak hanya melindungi hak-hak manusia sahaja, tetapi juga melindungi hak-hak haiwan yang dicipta oleh Allah Yang Maha Besar.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula

Hadith :
Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

al-Nawwas bin Sam'an r.a



Huraian
Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Umrah Menghapus Dosa , Haji Dibalas Syurga

Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”.

(al-Bukhari dan Muslim)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dosa Terbesar Disisi Allah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya.”

Huraian
i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.
ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.
iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud :
”Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”
iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firman-Nya dalam ayat 1-2 surah al-Ma'un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Improve Your Relationship With Al-Quran

“O my Lord, indeed my people have taken this Qur’an as a thing (abandoned)”.
[Surah 25: 30]

Are you one of those people who rarely touch the Qur’an? Or do you read daily, but don’t find it is having the impact on you that it should? Whatever the case may be, these are some simple tips that can help you connect with the Qur’an.

1. Before you touch it, check your heart.
The key to really benefiting from the Qur’an is to check your heart first, before you even touch Allah’s Book. Ask yourself, honestly, why you are reading it. Is it to just get some information and to let it drift away from you later? Remember that the Prophet Muhammad (peace be upon him) was described by his wife as a “walking Qur’an”: in other words, he didn’t just read and recite the Qur’an, he lived it.

2. Do your Wudu' (ablution).
Doing your Wudu is good physical and mental preparation to remind you that you’re not reading just another book. You are about to interact with God, so being clean should be a priority when communicating with Him.

3. Read at least 5 minutes everyday.
Too often, we think we should read Qur’an for at least one whole hour. If you aren’t in the habit of reading regularly, this is too much. Start off with just five minutes daily. If you took care of step one, Insha Allah (God willing), you will notice that those five minutes will become 10, then half an hour, then an hour, and maybe even more!

4. Make sure you understand what you’ve read.
Five minutes of reading the Qur’an in Arabic is good, but you need to understand what you’re reading. Make sure you have a good translation of the Qur’an in the language you understand best. Always try to read the translation of what you’ve read that day.

5. Remember, the Qur’an is more interactive than a CD.
In an age of “interactive” CD-Roms and computer programs, a number of people think books are passive and boring. But the Qur’an is not like that. Remember that when you read the Qur’an, you are interacting with Allah. He is talking to you, so pay attention.

6. Don’t just read; listen too.
There are now many audio cassettes and CDs of the Qur’an, a number of them with translations as well. This is great to put on your walkman or your car’s CD or stereo as you drive to and from work. Use this in addition to your daily Qur’an reading, not as a replacement for it.

7. Make Dua (supplication).
Ask Allah to guide you when you read the Qur’an. Your aim is to sincerely, for the love of Allah, interact with Him by reading, understanding and applying His blessed words. Making Dua to Allah for help and guidance will be your best tool for doing this.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Memakai pewarna rambut.

Assalamualaikum w.b.t. Di sini saya ingin menegur atau berbicara tentang pewarna rambut.

Memakai pewarna rambut bagi saya menjijikkan. Ia lah, memakai pewarna rambut bagaikan merubah warna rambut. Warna asal adalah hitam, tetapi ada juga makhluk Allah yang menukar warna itu kepada warna perang, kuning, merah dan banyak lagi.. Perbuatan itu akan membuatkan Allah s.w.t marah.

Memakai pewarna rambut juga boleh membuatkan mandi wajib kita tidak sah sekiranya kita telah mencapai umur remaja. Jikalau mandi wajib kita tidak sah, walau seutus rambut pun, ini bermakna semua aktiviti kebaikan termasuk besedekah, mengaji, dan sembahnyang sehingga berjaga malam, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Malah, mereka akan mendapat dosa.
Jadi renungkanlah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tegur pakaian

Saya sering tertanya, mengapa orang yang beragama Islam, tidak memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Saya juga tertanya, adakah mereka tidak takut dengan seksaan api neraka yang begitu marak menunggu untuk membaham mereka? Adakah mereka tidak tahu bahawa perbuatan mereka salah?
Antaranya:
1. Memakai tudung tetapi pakai pakaian ketat.. Adakah ia sesuai?
2.Memakai tudung juga tetapi berlengan pendek.. Renung kan lah..

Ini sahaja yang dapat saya lihat... Renungkanlah.. Sesiapa yang membaca artikal ini, renungkanlah.. Adakah anda tidak takut dengan Allah s.w.t? Berubahlah sebelum terlambat. Masa bertaubat masih ada lagi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah Sakaratul Maut


Sakaratul Maut, Siapkah kita untuk menghadapinya ?

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa
orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta
berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar."(niscaya
kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang
yang zalim
(berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat
memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !"

Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat
menghinakan,karena
kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar
dan
kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs.
Al- An'am : 93).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan
orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu
durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara
kasar.

Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan
lemah lembut dan
dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan
raga tetap
teramat menyakitkan.

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya
dipukul pedang".
(H.R. Ibnu Abu Dunya).

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah,
kuat mengerjakan
sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu
berzikir didalam
kesibukannya sehari-hari.

Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam
naik ke langit. Hal
itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka
bermohonlah ia
kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di
dunia.
Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia
ke dunia dengan
menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi
Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,
"Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s. Beliau sama
sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke
rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail,
dan ketika tiba
saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun
di tolak oleh
Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris
a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan
harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga
ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan
sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.

Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan
"tamunya"
itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah,
ranum
dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat
Izrail
(menguji Nabi Idris a.s).
"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.
"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian
Beliau
berkata:"Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda
menginginkan makanan
yang haram"..

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah
tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran
tentang tamu yang belum dikenalnya itu.
Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s. "Siapakah engkau
sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.
"Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya
bergetar tak berdaya.
"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris
a.s serius.
"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat."Atas izin Allah, aku
sekedar
berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris manggut-manggut, beberapa lama kemudian beliau hanya
terdiam.
"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s
"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.
"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang.
Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar
bertambah
rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi
Idris
a.s.
"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat
Izrail.

Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar
mengabulkan

permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera
mencabut nyawa
Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Alloh SWT agar
menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan
permohonannya. Setelah
dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.
"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi
Idris
a.s. "Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata
Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi
Idris
a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?
Siapkah kita untuk menghadapinya ?

"sebarkanlah walau hanya satu ayat"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

IMPORTANT!

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim
Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan.
Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
Kkalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini http://www.islam- exposed.org/ furqan/contents. html
Contoh:
Cover
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

About This Blog

This blog aboout me, my friends and my family... So, I just want to say welcome... Thank you for watching my blog
Zarith
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates