Welcome

Kekejaman Israel Terhadap Palestin



Apakah kita hanya dapat melihat, merasakan dan menangisi saudara=saudara kita yang ada di palestina di bantai oleh tentara israel laknatullah...?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenapa Diciptakan Neraka???

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hukum Minuman Dimasuki Semut




Hukum Minuman Dimasuki Semut


Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.

Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jangan!!

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah...

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tiada Siapa Berhak Mengaku Ikhlas

IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

"Ambillah, saya ikhlas…"

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

- awal
- pertengahan
- akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
Anda mungkin juga meminati:

* Fitnah Rosakkan Ukhuwah
* Teruskan Berdoa
* 9 Sebab Hati Tidak Bahagia
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Photo Puzzle

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Dunia Dalam Sebiji telur



Suatu masa dahulu, ada seorang ulama Islam yang sangat terkenal dengan kesolehan dan kealimannya. Namanya Jaafar Sadiq. Beliau daripada keturunan Rasullah s.a.w. Pada suatu hari, seorang lelaki ateis iaitu menganut fahaman yang tidak percaya kepada Tuhan telah bertanya seorang anak murid Jaafar Sadiq.

"Adakah Allah berkuasa?" tanya lelaki ateis.

"Ya, Allah maha berkuasa atas segala-galanya." jawab anak murid Jaafar.

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini di dalam sebiji telur, tanpa memecahkan telur?" lelaki ateis bertanya lagi.

Terpegun sebentar anak murid Jaafar Sadiq. Bagaimana hendak menjawab soalan dan tepat soalan tersebut. Sudah tentu lelaki itu akan meminta bukti-buktinya.

Oleh kerana tidak mahu lelaki ateis itu mempengaruhi orang ramai dengan kepercayaan karutnya, anak murid Jaafar Sadiq itu pergi menghadap gurunya.

"Wahai guru, seorang ateis bertanyakan kepadaku soalan yang tidak mampu ku jawab. ," adu si anak murid selepas meminta izin masuk bertemu.

"Apakah soalannya yang menyukarkanmu?"

"Bolehkah Allah memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkan telur itu?"

Jaafar Sadiq tersenyum. Dia menyuruh anak muridnya keluar berjalan-jalan melihat keindahan alam ciptaan Allah ini. Nanti di situ ada jawapannya. Anak murid itu pin merayau-rayau, pulanglah dia mendapatkan gurunya.

"Wahai guru, telah puas aku berjalan ke sana ke mari. Namun saya tidak bertemu dengan apa-apa jawapan pun. Malah tidak ada sesiapa yang datang kepadaku memberitahu sesuatu."

Dengan lembut, Jaafar Sadiq bertanya, "Apa yang engkau temui sepanjang bersiar-siar tadi?"

"Banyak.... aku temui orang ramai, melihat gunung ganang, binatang-binatang, pokok-pokok, bangunan-bangunan, rumah-rumah dan permandangan indah. Aku juga melihat kelompok anak-anak sedang bermain,"cerita si anak murid dengan jujur. "Baiklah, sebesar mana matamu? Adakah sebesar dunia ini?"

"Tidak, mataku kecil sahaja."

"Adakah ia pecah kerana melihat semua itu.?",tanya Jaafar Sadiq lagi.

Si murid terpaku seketika mendengar pertanyaan guru nya yang agak aneh itu. Tetapi kemudian dia segera memahami maksud pertanyaan itu. Allah Yang Maha Berkuasa boleh membuat dua biji mata yang kecil melihat banyak benda yang jauh lebih besar daripadanya tanpa mencacatkan sedikit pun. Sudah tentulah Allah juga boleh memasukkan dunia ini ke dalam sebiji telur tanpa memecahkannya...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


People of good conscience have chosen to boycott israeli products and companies supporting the zionist entity. Their ethical purchasing decision however is frustrated by the lack of accurate information as to which companies to boycott.

We have carried out extensive research to identify the guilty companies. All our findings are provided here. Where ever possible, we have included full references for the source of our information so that you may independently verify its accuracy and understand exactly how each company is contributing its support to israel. We thank all those organizations who's research we have utilized.

Our research is on going and we encourage you to help us with it - If you have any information regarding guilty companies please e-mail us this information with source references. Thank you.

We suggest you start with the Boycott Israel Frequently Asked Questions page - it will clarify what the boycott is about.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Ibarat Aliran Masa



Cuba perhatikan air sungai yang mengalir. Cantik pada pandangan mata, merdu didengar oleh telinga. Hati yang sedih kadang-kadang terubat melihat air sungai yang mengalir. Namun ada waktunya air sungai deras. Bunyinya yang gemersik bertukar menjadi gemuruh. Airnya yang jernih bertukar menjadi keruh. Gerun kita melihatnya. Apa yang kita boleh pelajari daripada aliran sungai ini?

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasullah menyatakan rasa cintanya kepada baginda. Kali pertama dia menyatakan cintanya, Rasullah diam. Kedua juga diam. Ketiga, masih diam. Kemudian baru Rasullah SAW menyatakan bahawa jika benar sahabat itu mencintainya, bersedialah menghadapi ujian dan cabaran seperti melawan arus sungai yang mengalir deras. Maksudnya, ujian mencintai Rasullah sangat hebat. Sungguh dahsyat.

Jadi, apabila anda melihat air sungai yang deras, banyangkan begitulah ujian untuk meneladani Rasullah SAW Untuk mencontohi kebaikan baginda pasti ada kesusahan. Kadang-kadang diejek, dipulau malah disakiti orang. Jika berlalu demikian, urut-urutlah dada, tenangkan hati..... memang begitulah kenyataannya. Padang air sungai yang mengalir. Itulah pengajarannya, jalan kebenaran penuh ranjau. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

Sekali-sekala, pabila anda mendekati tebing sungai cuba cecahkan kaki dan sentuh airnya yang mengalir. Kemudian angkat kaki sejenak dan cecahkan sekali lagi. Baiklah, pada cecahan yang kdeua itu bolehkah anda amenjejak air yang disentuh pada cecahan pertama? Tidak mungkin! Air yang disentuh pada cecahan pertama terus mengalir dan tidak dapat disentuh pada cecahan kedua, ketifa atau seterusnya.

Apa yang dapat kita pelajari daripada hakikat ini? Sebenarnya anda, aliran suungai umpama aliran masa. Masa berlalu yidak akan dapat dimiliki semual sepertimana kita tidak mungkin dapat menjejaki aliran air sungai yang telah dijejaki kali pertama. Masa ialah nyawa kita. Kita tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Jika kita mengisinya dengan kebaikan, kebaikan itu tersimpan sebagai pahala.Sebaliknya, jika diisi dengan kejahatan, ia akan kekal sebagai dosa melainkan kita bertaubat dan memohon ampunan Allah SWT.

Kata Imam al-Ghazali rhm, "Yang paling jauh sekali bukan matahari, bukan bulan.... tetapi masa lalu.," Jadi, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Jangan sekali-kali membuang masa sia-sia apalagi yang mendatangkan dosa. Jika air paip di rumah tidak dapat diberhentikan kerana kerosakan paip, cepat kita memanggil tukang paip. Namun pernahkah kita terfikir betapa banyak masa mengalir sia-sia dalam hidup tanpa kita manfaatkan? Ingat, masa itu nyawa. Mensia-siakannya lebih merugikan kita berbanding wang ringgit terpaksa dibayar kerana kita membazir air!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BANJIR MENJADI LAUTAN

Melihat ejekan dan sendaan kaimnya yang tidak berkurangan, akhirnya Nabi Nuh a.s menjawab juga. Mudah-mudahan dengan jawapan yang berupa ancaman itu akan memberi kesedaran kepada umat yang sesat. Namun kaum yang keras hati ini tidak mudah hendak disedarkan.

"Kalau kalian masih mengejekku dan pengikut-pengikutku, tunggulah. Kami akan menghinami nanti," kata Nabi Nuh a.s.

"Apabila bahtera siap dibina, tanda-tanda akan turunnya azab mula kelihatan. Air mula terpancar keluar dari bumi. Namun hal itu tidak diendahkan oleh kaum Nabi Nuh yang derhaka. Mereka masih tetap menafikan kerasulan NabiNuh.

Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh a.s mengumpul semua jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan, masing-masing sepasang (jantan dan betina) untuk dibawa ke dalam bahtera. Nanti akan berlaku banjir yang dahsyat, memusnahkan segala hidupan.

Kemudian Nabi Nuh membawa para pengikutnya menaiki bahtera. Tetapi sebelum ini terlebih dahulu baginda berpesan, "Naiklah dengan mendahulukan kaki kanan serta berzikir kepada Allah SWT, sampailah kalian semua turun nanti."

Nabi Nuh berkata lagi, "Sama sekali bukanlah bahtera ini yang menyelamatkan kalian. Tetapi hadapkan hati kepada Allah kerana hakikatnya Dialah yang menjalankan dan hentikan bahtera ini nanti."

Air semakin banyak keluar dari bumi. Berkumpul dengan air yang turun dari langit. Allah menurunkan hujan selebat-lebatnya, Tidak pernah berlaku hujan selebat itu. Terbentuklah lautan banjir yang amat dahsyat dan mengerunkan.

Berombaj dan bergelombang melepasi puncak gunung. Keadaan sungguh menakutkan. Tidak ada yang dapat menyelamatkan diri selain penumpang bahtera Nabi Nuh a.s . Turut terkorban dalam azab Allah itu ialah anak lelaki Nabi Nuh serta isterinya baginda. Mereka tidak mahu menerima seruan yang dibawa oleh Nabi Nuh.

Cukup waktu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t , hujan pun berhenti. Air yang memancar keluar dari bumi juga berhenti. Air semakin surut. Bahtera besar Nabi Nuh pun terdampar di atas gunung yang bernama al-Juud. Turunlah para penghuni bahtera untuk permulaan penghidupann yang baru...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Biodata Ustazah Solah



Solah Makkiah bt Hj mohd Zain.6/7/71.Anak ke ke 8 dr 13,kg kemudi,bachok,kelantan,married to muhammad salahudin b hj hassan,anak 3,1m2f. Mengajar sejak tahun 1997. Pandai menarik hati orang lain untuk belajar bahasa arab. Memang 'best' belajar dengan Ustazah Solah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustazah ini kerana telah membantu saya dalam kelas bahasa arab.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Keajaiban-Keajaiban ALLAH SWT di Dunia




Renungkanlah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kekasihku Rasullah:Muhammad Al- Amin

Mekah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73 km dari timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi . Allah SWT pernah memerintahkn Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s membina Kaabah di Mekah. Bahkan, Mekah ialah tempat kelahiran nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Kota Mekah pernah dilanda banjir besar. Dinding-dindingnya retak dan perlu dibaiki. Oleh kerana Kaabah merupakan bangunan suci bagi penduduk kota Mekah, maka mereka telah bergotong royong membiki dan membinanya semula. Kaum Quraisy dibahagikan kepada empat kumpulan dan mereka bekerja keras untuk menyiapkan tugasan.

Rasullah SAW turut menyertai kaum Quraisy bergotong royong membaiki Kaabah. Ketika itu, Rasullah SAW berusia 35 tahun dan belum dilantik menjadi Rasul Allah. Setelah kerja-kerja pembaikan siap dilakukan, berlaku perselisihan faham antara pembesar-pembesar Quraisy.Mereka berebut-rebut hendak meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya, iaitu dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan yang berlaku hampir membawa kepada pergaduhan. Akhirnya, seorang penduduk tertua di Mekah yang bernama Abu Umayyah memberi cadangan: "Orang pertama memasuki kawasan ini pagi esok, dialah yang layak menentukan perkara ini.", kata Abu Umayyah.

Keesokan paginya, semua pembesar Quraisy melonjak keriangan apabila melihat Muhammad yang memasuki kawasan itu. Mereka tahu Muhammad seorang yang baik dan bijaksana. Sudah tentu Muhammad yang digelar 'Al Amin' bermaksud 'yang dipercayai' dapat menyelesaikan masalah mereka itu. Rasullah SAW bersetuju membantu, lalu baginada mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajarul Aswad di atas kain. Setiap penjuru kain dipegang oleh pembesar Quraisy. Mereka berjalan menuju ke arah penjuru Kaabah dan Rasullah SAW mengangkat batu itu lalu meletakkannya di dinding Kaabah. Para pembesar Quraisy berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh anak saudara Abu Talib itu. Sememangnya Muhammad seorang yang bijak dan adil
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pengumuman

Terima kasih yang telah membuka blog saya. Di sini saya ingin memberitahu bahawa blog ini telah ditambah dengan bahagian Bahasa Arab yang dibimbing oleh Ustazah Solah(SMKC) Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh download melalui blog saya.

Terima kasih
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kesaksian jenazah utuh beratus-ratus tahun



Adakah ia benar?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pintu Neraka?



Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Siksaan Kubur(Hanya Peringatan)



Hanya peringatan!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Gambaran Semasa Hari Kiamat..



Video ini bertindak sebagai info sahaja dan Yang sebenarnya yang perlu dihayati adalah firman Allah s.w.t. Dan sesungguhnya Kiamat itu adalah rahsia Allah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS


Adakah kita sebegitu? Masya-Allah, ramai yang begitu sombong dengan Tuhan Pencipta Alam ini. Contohnya seperti ini, selepas bersolat ada dikalangan ramai yang tidak berdoa walau sedikit pun kepada Allah s.w.t. Mereka seolah-olah tidak memerlukan sedikit pun pertolongan kepada Allah s.w.t. Jadi, adakah kita sebegitu? Jika kita sebegitu, berubahlah...
Renungkanlah
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Renungkanlah



Renungkanlah....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates