Welcome

Aeman-Buatmu Ibu



Renung dan fikirkanlah..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jadilah Seperti Ikan di Laut



Pernahkah anda mendengar peribahasa:"Masuk kandang mengembek,masuk kandang kerbau menguak?"

Maksud peribahasa itu ialah seseorang perlu pandai menyesuaikan diri. Barulah disenangi orang. Namun, berhati-hati, kerana tidak semua keadaan menuntut kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu, kita perlu mempertahankan pegangan, pendirian atau prinsip kita. Jangan sekali-kali berubah, walaupun suasana persekitaran atau insan sekeliling telah berubah.

KEKALKAN JATI DIRI

Tegasnya, ada masanya anda perlu mengekalkan jati diri. Katalah anda telah berpindah ke satu kawasan penempatan yang ramai penduduknya berperangai buruk seperti membuang sampah merata-rata, bercakap dengan bahasa yang kasar atau lain-lain amalan negatif. Atau anak-anak terpaksa bergaul dengan budak-budak yang merokok, membuang masa, bergaduh dan lain-lain.

Pada ketika itu, anda tidak perlulah mengikut perangai mereka. Ya, jangan sekali-kali menukar peribadi anda hanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang yang negatif. Tak payahlah cuba mengambil hati mereka dengan terikut-ikut perangai yang tidak senonoh dan berdosa.

Ikan-ikan di laut

Para pembaca, cuba tengok ikanyang hidup di dalam laut. Walaupun air laut masin semasin-masinnya tetapi aneh isi atau daging tetap tidak masin. Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jatidirinya yang tetap walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin. Inilah yang kita boleh pelajari daripada ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan perangai kita. Jdilah seperti ikan di laut.

Bahkan kalau mampu kita mencorakkan suasana. Ubah sikap kawan-kawan yang negatif kepada positif. Ubah persekitaran yang kotor menjadi contoh mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan. Bercakaplah dengan bahasa yang lembut, tutur kata yang sopan dan perlakuan-perlakuan yang beradap... Insya-Allah, lama kelamaan bukan sahaja anda tidak dipengaruhi oleh amalan-amalan negatif itu malah anda pula yang mempengaruhi mereka.

Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak terpengaruh oleh suasana persekitaran dan masyarakatnya yang jahilliah, bahkan bagindalah yang akhirnya berjaya mengubah masyarakatnya menjadi umat yang terbaik dengan keimananan dan kebaikan!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pakaian Solat Terkena Najis

Waktu Zuhur baru saja masuk semasa Maisarah sampai ke rumah, sekembali dari sekolah. Selepas berehat sebentar, dia mengambil keputusan untuk solat dahulu. Selepas solat barulah menjamah makan tengah hari dan sebagainya. Kebetulan emaknya juga mahu bersolat, mereka pun solat bersama-sama.

Selepas membuka telekungg selesai solat dan berdoa, Maisarah melihat ada najis tahi cicak di atas telekung itu. Dia yakin, najis itu melekat pada telekungnya sedari sebelum solat lagi. Maknanya, dia bersolat dengan memakai pakaian yang ada najis tahi cicak.

"Mak, telekung Sarah kena tahi cicak," kata Maisarah sambil menunjukkan telekungnya itu kepada emaknya.

"Baru kena ke...... dah lama?"tanya emaknya pula.

"Entahlah, rasanya masa sebelum sembahyang lagi."

Dalam masalah ini, Maisarah perlu pastikan dengan teliti tempat yang terkena tahi cicak itu. Sekiranya tedapat bauan atau najis itu basah serta mengeluarkan bau yang busuk, maka Maisarah perlu membasuh telekungnya iaitu yang terkena tahi cicak itu. Dan dia perlu mengulangi solatnya semula.

Tetapi jika najis itu kering dan tidak berbau, Maisarah hanya perlu membuang tahi cicak tersebut dari telekungnya dan tidak perlu mengulangi solatnya. Solatnya dikira sah.

Begitulah juga dengan tahi cicak yang jatuh di lantai masjid, surau, madrasah dan tempat-tempat lain. Sekiranya banyak, cair dan serta mengeluarkan bau yang busuk,maka ia perlu dibasuh. Tetapi sekiranya sedikit kering pula sifatnya serta tidak mengeluarkan bau maka ia dimaafkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hiduplah Atas Usaha Sendiri

Dalam senarai nama orang-orang soleh zaman dahulu,ada satu nama yang sangat terkenal.Bahkan termasuk dalam kelompok wali Allah.Namanya Ibrahim bin Adham.Suatu masa,seorang kawannya bernama Al-Balkhi telah pergi berniaga ke satu negeri yang jauh.

Tetapi beberapa hari kemudian Al-Balkhi muncul semula.Hairan Ibrahim kerana cepat benar kawannya itu pulang.Di mana dia berniaga dan apa yang diniagakannya?Untuk menghilangkan tanda tanya,Ibrahim Adham lalu bertanya kepada Al-Balkhi.Dan Al-Balkhi pun menceritakan apa yang telah berlaku.

Semasa singgah berehat, dia ternampak seekor burung yang kudung kaki serta buta pula kedua-dua belah matanya. Terdetik di dalam hatinya, macam mana burung itu boleh hidup di dalam hal keadaan tidak boleh bergerak dan tidak boleh melihat?

Tidak lama kemudian datang seekor burung lain menghampirinya membawa sedikit makanan. Seharian Al-Balkhi duduk memerhatikan dua ekor burung itu. Ternyata burung cacat itu tidak kelaparan kerana berulang kali didatangi burung-burung lain membawa makanan untuknya.

"Lalu, aku pun membuat kesimpulan..." kata Al-Balkhi, "Kalaulah burung yang kudung dan buta tetap juga menerima pemberian rezeki dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki, sudah tentu dia akan memberi rezeki kepadaku sekalipun aku tidak bekerja."

"Oo... Jadi sebab itulah kamu balik semula?"

"Ya", jawab Al-Balkhi.

"Rendahnya fikiran kamu. Engkau sanggup meletakkan dirimu sama taraf dengan burung yang cacat. Dan engkau merelakan dirimu untuk hidup atas balas kasihan dan bantuan makhluk lain," Ibrahim mula memberikan nasihatnya.

"Mengapa tidak mencontohi burung yang seekor lagi tu? Ia bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidupnya sendiri dan keperluan hidup kawannya yang memang tidak mampu bekerja," tambah Syeikh Ibrahim b. Adham lagi. "Apakah engkau lupa tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang di bawah?"

Tiba-tiba Al-Balkhi seperti baru tersedar.Nasihat dan teguran bertalu-talu itu cukup untik mengetuk mindanya. Dia sudah tersalah membuat kesimpulan dan pilihan. Segera Al-Balkhi bangkit dan bersalam dengan Ibrahim.

"Wahai Abu Ishak[gelaran Ibrahim Adham], engkau memang guru kami yang baik" kata Al-Balkhi sambil tunduk mencium tangan Ibrahim. Kemudian bermohon diri untuk pergi berdagang semula.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengumpat

Mengumpat-Menyebut tentang diri seseorang sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahannya jika dia mendengarnya. Sama ada yang disebutkan itu sampai pada pengetahuannya ataupun tidak sampai.

Tentang Diri dan Keturunan- Mengatakan seorang itu rabun, juling, botak, pendek dan sifat-sifat lain yang boleh menjadikan dia berasa benci dan marah jika mendengarnya. Mengatakan abangnya jahat, ayahnya tukang angkut sampah, emaknya malas bekerja, dan sebagainya yang menyebabkan ia marah dan benci.

Tentang Ibadah- Mengatakan seseorang itu tidak mengambil berat tentang solat, memandang ringan hukum taharah[bersuci], tidak memandang tinggi kewajipan berzakat, tidak berbuat baik kepada ibu bapa, tidak pandai menjaga puasa daripada bercakap yang bukan-bukan dan sebagainya.

Tentang Akhlak- Mengatakn seseorang itu tak senonoh, kurang ajar, pengecut, zalim, pengkhianat, suka memperlekehkan orang, pembohong, suka menjatuhkan orang lain, makan banyak, kaki tidur, dan seumpamanya lagi yang boleh menjadikan dia marah jika mendengarnya.

Tentang Rumah, Kenderaan dan Pakaian- Memngatakan rumahnya buruk, sempit, nak runtuh dan sebagainya. Mengatakan basikalnya buruk, berkarat, basikal sedekah, dan sebagainya lagi yang boleh menjadikan dia benci dan marah jika mendengarnya. Mengatakan lengan bajunya terlalu panjang, seluarnya terlalu ketat, topinya kotor dan seumpamanya.

Dikira Mengumpat .....
Mengumpat bukan semata-mata dengan perantaraan lidah. Apa saja yang dilakukan yang boleh menunjukkan kepada maksud mengumpat, ia adalah dilarang dam dihukumkan haram. Termasuklah dengan tulisan,isyarat tangan, meniru gaya dan sebagainya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Firman Allah S.W.T

Dibawah ini adalah Firman Allah yang dihimpunkan khas buat tatapan para pengunjung, Ianya akan ditambah dari masa ke semasa, Semuga anda memperoleh menafaat darinya,Insyaallah.
37- Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: `Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?`, niscaya mereka menjawab: `Allah`. Katakanlah: `Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?. Katakanlah: `Cukuplah Allah bagiku`. Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri. (Surah. Az-Zumar: Ayat 38)
36- Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. (Surah. Az-Zumar: Ayat 67)
35- Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: `Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.` (Surah. Hud: Ayat 42)
34- Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? (Surah. Ar-Rum: Ayat 35)
33- Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Qur'an) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (Surah. Al-Mukminun: Ayat 71)
32- Dan orang-orang yang berdosa melihat neraka, maka mereka meyakini, bahwa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak menemukan tempat berpaling dari padanya. (Surah. Al-Kahf: Ayat 53)
31- "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Nahl Ayat 125)
30- Maha Suci Allah yg telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda² (kekuasaan & kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah Yg Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Israa':Ayat 1)
29- "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran 3:Ayat 200)
28- "Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Surah Luqman 31: 17)
27- "Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Surah Al-Baqarah 2: 155-157)
26- "Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)
25- "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
24- "Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)." (Surah Al-Qasas 28: 10)
23- Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (Surah Al- Talaq: ayat 4)
22- Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan (Surah Al- Anfaaal: Ayat 45)
21- Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku). (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
20- Dan (Dialah) yang mencipta sekelian makhluk yang pelbagai jenisnya dan ia mengadakan bagi kamu kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya. (Surah Az-Zukhruf: Ayat 12)
19- Dan mereka yang membelanjakan emas dan perak tanpa membelanjakan kejalan Allah, maka berikanlah kepada mereka peringatan mengenai azab yang pedih. (Surah At-Taubah: Ayat 34)
18- Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah sudah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada dilangit dan yang ada dibumi dan sudah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat Nya yang zahir dan yang batin. (Surah Al-Lukman: Ayat 20)
17- Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikkan atau menyembunyikannya atau memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), Sesungguhnya Allah adalah maha pemaaf, lagi maha kuasa. (Surah An-Nisa: Ayat 149)
16- Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. ( Surah Az-Zukhruf: ayat 36)
15- Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. ( Surah Asy-Syu'araa' : 109)
14- Demi Masa. Sesungguhnya semua manusia dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." ( Surah Al Asr')
13- Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah, dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat 41:33)
12- Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah. Al-Nahl: ayat 125)
11- Maha Suci Allah yg telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda² (kekuasaan & kebesaran) Kami.Sesungguhnya Allah jualah Yg Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Israa': Ayat 1)
10- Firman Allah SWT:"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
09- Kami jadikan anak Maryam (Isa) dan ibunya suatu tanda (Kekuasaan kami) dan Kami tempatkan keduanya di tanah tinggi yang datar lagi bermata air (bersungai) (Surah Al-Mukminin: Ayat 195)
08- Ingatlah kamu semua kepada Ku, Pasti Aku akan ingat kepadamu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan pula berbuat kekufuran (menutupi kenikmatan yang telah diberikan) (Surah Al-Baqarah: Ayat 152)
07- Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohom ampun untukmu) supaya dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. (Surah Al-Ahzab: Ayat 43)
06- Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesusahan. (Surah Al-Baqarah: Ayat 185)
05- Sesungguhnya Allah menyintai orang yang berjuang pada jalan Nya (untuk membela agama) dalam satu barisan yang kukuh seolah-olah satu bangunan yang kukuh.(Surah As-Soff: Ayat 4)
04- Wahai orang-orang yang beriman!, Peliharalah oleh kamu dan ahli keluarga kamu dari (dicampakkan) Kedalam api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari batu-batu dan manusia. (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
03- Patuhilah seruan Tuhanmu sebelum datang dari Allah suatu hari yang tidak dapat ditolak kedatangannya. kamu tidak memperoleh tempat berlindung pada hari itu dan tidak (pula) dapat mengingkari (dosa-dosamu). (Surah As-Syuura: Ayat 47)
02- Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang bertaubat dan juga amat mengasihi mereka yang menyucikan diri. (Surah Al-Baqarah: Ayat 222)
01- Dan barang siapa tidak melaksanakan hukum-hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt,Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.(Surah Al-Maidah: Ayat 47)

Mutiara Kata: "Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hadis Nabi

Dibawah ini adalah Hadis Nabi yang dihimpunkan khas buat tatapan para pengunjung. Ianya akan ditambah dari masa ke semasa, Semuga anda memperoleh menafaat darinya, Insyaallah.
48- Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim)
47- Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim)
46- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.” (Hadis Riwayat Muslim)
45- Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)
44- Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
43- Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
42- Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam, sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.” (Hadis Riwayat Muslim)
41- Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Hadis Riwayat Muslim)
40- Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian". (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi).
39- Umarah bin Daskarah berkata; Nabi saw bersabda: Allah berfirman: "Sesungguhnya hamba-Ku yang sejati, ialah yang selalu ingat kepada-Ku, di saat ia menghadapi musuh setaranya". (Yakni di medan jihad). (Hadis Riwayat Attirmidzi).
38- Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda:
Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku. (Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)
37- Abu Dardaa' ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya seorang hamba yang Aku beri sehat badannya. Dan luas rezekinya kemudia hingga empat tahun tidak datang berkunjung kepadaKU (yakni berhaji), sesungguhnya orang itu sangat rugi". (Hadis Riwayat Atthabarani dan Abu Ya'ala).
36- Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima salat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan surga". (Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
35- Abu Qaqid Allaitsy ra.a. berkata; Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Sesungguhnya aku turunkan harta untuk menegakkan shalat dan mengeluarkan zakat. Dan andaikan seoran ganak Adam telah memiliki sebuah lembah, ia masih ingin memiliki du alembah, dan bila ia telah memiliki dua, ia ingin mendapat ketika, dan tidak ada yang dapat memenuhi perut anak Adam kecuali tanah Dan Allah akan mengampuni orang yang tobat" (Hadis Riwayat Ahmad, At-Thabarani)
34- Ali ra. berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku sangan murka tas orang yang melakukan kedhaliman (aniaya) terhadap seorang yang tidak ada pembelanya selain Aku". (Hadis Riwayat Athathabarani didalam kita "Alkabar" dan Al Qudha'ie dan Ali)
33- Abu Said ra. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Carilah kebaikan kepada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasih daripada ummat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, karena dari orang-orang yang kejam hati karena murka-Ku menimpa diatas mereka". (Hadis Riwayat Al Qudha'ie dari Abi Said)
32- Anas ra berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Aku telah menyediakan bagi hamba-hambaKu yang beriman dan beramal saleh kenikmatan yagn tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telingan ataupun terlintas dalam hati manusia (Hadis Riwayat Ibnu Jarir dari Anas)
31- Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Apabila hambaKu merencanakan melakukan suatu amal kebaikan kemudian tidak jadi dilakukannya, maka aku mencatat baginay suatu kebajikan, tetapi bila ia melaksanakannya, maka tetap Aku mencatat amalnya itu sepuluh kebajikan sampai berganda tujuh ratus. Dan apabila ia merencanakan untuk melakukan suatu kejahatan lalu tidak jadi dilaksanakannya, maka tidaklah Aku catat baginya, tetapi apabila ia tetap melaksanakannya Aku catat baginya, sebagai satu kejahatan".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim serta Attirmidzi dan Ibni Hibban dari Abu Hurairah)
30- "Malu Itu Tidak Datang Kecuali Dengan Membawa Kebaikan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
29- "Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)
28- Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)
27- Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
26- "Daripada Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) sudah memberikan kebun baginda kepada penduduk Khaibar untuk diusahakan dengan syarat mereka (Penduduk Kaibar) akan memberikan sebahagian daripada buah-buahan atau hasil tanaman yang diusahakan". (Riwayat Muslim)
25- "Sebaik-baik sedekah adalah mempelajari sesaorang islam akan ilmu, kemudian mengajar ilmunya itu kepada saudara Islam yang lain" (Riwayat Ibnu Majjah)
24- Abu Ubaidah r.a. meriwayatkan bahawa;Daku telah mendengar bahawa Rasulullah bersabda:"Puasa adalah sebagai perisai, selagi dia tidak memecahkan perisai tersebut".
23- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya; Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya barangsiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.
22- Bersabda Rasululullah s.a.w."janganlah bercakap melebihi dari zikrullah, sesungguhnya banyak cakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras, ia akan menjadi semakin jauh dari Allah."
21- Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya; "Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur" ( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )
20- Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hubungan kekeluargaan itu digantungkan pada Arasy. Ia berkata: Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan aku maka Allah pun akan memutuskannya.
19- Dari Aishah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan dituliskan baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah." - Riwayat Bukhari & Muslim..
18- Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia beradadi dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.
17- Sabda Rasulullah : "Lakukanlah ketaatan kepada Allah SWT dan takutilah daripada melakukan maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu melakukan suruhan-Nya dan yang demikian itu akan memelihara anak-anak kamu dan kamu daripada api neraka"
16- Diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a katanya: Dahulu, setiap kali Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang Subuh, baginda mengarahkan wajahnya kepada para Sahabat seraya bertanya: Apakah semalam ada salah seorang di antara kamu yang bermimpi?
15- Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.
14- Diriwayatkan daripada Jarir r.a katanya:Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wida' supaya menyuruh orang ramai diam. Setelah orang ramai diam, baginda bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir setelah peninggalan kudengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu.
13- Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya.(Maksud Hadis)
12- Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi.(Maksud Hadis)
11- Apabila amanat dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini "Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya.(Maksud Hadis)
10- Apabila umatku membesar-besarkan dunia nescaya kehebatan Islam akan dihapuskan dari mereka, dan apabila umatku mengabaikan amal-makruf dan nahi-mungkar nescaya mereka akan diharamkan dari keberkatan wahyu.(Maksud Hadis)
09- Tidak masuk syurga kamu sehingga kamu beriman,dan tidak dinamakan beriman kamu, sehingga saling cinta-menyintai.Tidakkah kamu suka kalau aku menunjukkan sesuatuyang jika dilakukannya, tentu kamu semua akan saling cinta-menyintai? Iaitu ratakanlah salam sesama semua.(Maksud Hadis)
08- Orang yang banyak berkata, akan banyak silap, dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya.(Maksud Hadis)
07- Lidah orang mukmin menurut hatinya, bila dia hendak berbicara difikirkannyadahulu sebelum disalurkan ke lidahnya. (Maksud Hadis)
06- Berikanlah sedekah walaupun dengan sebiji tamar ataupun sebuku roti, atau sebuah senyuman yang manis.(Maksud Hadis)
05- Orang yang buruk dari kalangan umatku ialah yang selalu makan mewah, berpakaian aneka ragam dan suka bercakap besar.(Maksud Hadis)
04- Budi pekerti yang baik ialah jika engkau menyambungkan silaturrahim kepada orang yangmemutuskan persahabatan denganmu.(Maksud Hadis)
03- Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu gembirakanlah mereka dengan senyuman berseri dan ikhlas luhur.(Maksud Hadis)
02- Rebutlah lima masa sebelum tibanya lima masa, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kaya mu sebelum fakir, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati. (Maksud Hadis)
01- Rela merendahkan diri dalam sesuatu majlis,termasuk sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.(Maksud Hadis)


Mutiara Kata: "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates