Welcome

Jadilah Seperti Ikan di Laut



Pernahkah anda mendengar peribahasa:"Masuk kandang mengembek,masuk kandang kerbau menguak?"

Maksud peribahasa itu ialah seseorang perlu pandai menyesuaikan diri. Barulah disenangi orang. Namun, berhati-hati, kerana tidak semua keadaan menuntut kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu, kita perlu mempertahankan pegangan, pendirian atau prinsip kita. Jangan sekali-kali berubah, walaupun suasana persekitaran atau insan sekeliling telah berubah.

KEKALKAN JATI DIRI

Tegasnya, ada masanya anda perlu mengekalkan jati diri. Katalah anda telah berpindah ke satu kawasan penempatan yang ramai penduduknya berperangai buruk seperti membuang sampah merata-rata, bercakap dengan bahasa yang kasar atau lain-lain amalan negatif. Atau anak-anak terpaksa bergaul dengan budak-budak yang merokok, membuang masa, bergaduh dan lain-lain.

Pada ketika itu, anda tidak perlulah mengikut perangai mereka. Ya, jangan sekali-kali menukar peribadi anda hanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang yang negatif. Tak payahlah cuba mengambil hati mereka dengan terikut-ikut perangai yang tidak senonoh dan berdosa.

Ikan-ikan di laut

Para pembaca, cuba tengok ikanyang hidup di dalam laut. Walaupun air laut masin semasin-masinnya tetapi aneh isi atau daging tetap tidak masin. Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jatidirinya yang tetap walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin. Inilah yang kita boleh pelajari daripada ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan perangai kita. Jdilah seperti ikan di laut.

Bahkan kalau mampu kita mencorakkan suasana. Ubah sikap kawan-kawan yang negatif kepada positif. Ubah persekitaran yang kotor menjadi contoh mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan. Bercakaplah dengan bahasa yang lembut, tutur kata yang sopan dan perlakuan-perlakuan yang beradap... Insya-Allah, lama kelamaan bukan sahaja anda tidak dipengaruhi oleh amalan-amalan negatif itu malah anda pula yang mempengaruhi mereka.

Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak terpengaruh oleh suasana persekitaran dan masyarakatnya yang jahilliah, bahkan bagindalah yang akhirnya berjaya mengubah masyarakatnya menjadi umat yang terbaik dengan keimananan dan kebaikan!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Jadilah Seperti Ikan di Laut"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates