Welcome

Pakaian Solat Terkena Najis

Waktu Zuhur baru saja masuk semasa Maisarah sampai ke rumah, sekembali dari sekolah. Selepas berehat sebentar, dia mengambil keputusan untuk solat dahulu. Selepas solat barulah menjamah makan tengah hari dan sebagainya. Kebetulan emaknya juga mahu bersolat, mereka pun solat bersama-sama.

Selepas membuka telekungg selesai solat dan berdoa, Maisarah melihat ada najis tahi cicak di atas telekung itu. Dia yakin, najis itu melekat pada telekungnya sedari sebelum solat lagi. Maknanya, dia bersolat dengan memakai pakaian yang ada najis tahi cicak.

"Mak, telekung Sarah kena tahi cicak," kata Maisarah sambil menunjukkan telekungnya itu kepada emaknya.

"Baru kena ke...... dah lama?"tanya emaknya pula.

"Entahlah, rasanya masa sebelum sembahyang lagi."

Dalam masalah ini, Maisarah perlu pastikan dengan teliti tempat yang terkena tahi cicak itu. Sekiranya tedapat bauan atau najis itu basah serta mengeluarkan bau yang busuk, maka Maisarah perlu membasuh telekungnya iaitu yang terkena tahi cicak itu. Dan dia perlu mengulangi solatnya semula.

Tetapi jika najis itu kering dan tidak berbau, Maisarah hanya perlu membuang tahi cicak tersebut dari telekungnya dan tidak perlu mengulangi solatnya. Solatnya dikira sah.

Begitulah juga dengan tahi cicak yang jatuh di lantai masjid, surau, madrasah dan tempat-tempat lain. Sekiranya banyak, cair dan serta mengeluarkan bau yang busuk,maka ia perlu dibasuh. Tetapi sekiranya sedikit kering pula sifatnya serta tidak mengeluarkan bau maka ia dimaafkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Pakaian Solat Terkena Najis"

  1. Unknown says:
    January 15, 2022 at 7:46 AM

    Bagaimana jika kita sudah tahu kain sembahyang terkena tahi cicak sebelum solat tapi tetap teruskan sembahyang kerana tidak tahu?

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates