Welcome

Tolong Ingatkan Saya

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Horoskop Walaupun Suka-Suka Maka Solatnya Tidak Diterima Selama 40 hari

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang
telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa
dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan
untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aeman-Buatmu Ibu



Renung dan fikirkanlah..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jadilah Seperti Ikan di Laut



Pernahkah anda mendengar peribahasa:"Masuk kandang mengembek,masuk kandang kerbau menguak?"

Maksud peribahasa itu ialah seseorang perlu pandai menyesuaikan diri. Barulah disenangi orang. Namun, berhati-hati, kerana tidak semua keadaan menuntut kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu kita berbuat demikian. Pada ketika-ketika tertentu, kita perlu mempertahankan pegangan, pendirian atau prinsip kita. Jangan sekali-kali berubah, walaupun suasana persekitaran atau insan sekeliling telah berubah.

KEKALKAN JATI DIRI

Tegasnya, ada masanya anda perlu mengekalkan jati diri. Katalah anda telah berpindah ke satu kawasan penempatan yang ramai penduduknya berperangai buruk seperti membuang sampah merata-rata, bercakap dengan bahasa yang kasar atau lain-lain amalan negatif. Atau anak-anak terpaksa bergaul dengan budak-budak yang merokok, membuang masa, bergaduh dan lain-lain.

Pada ketika itu, anda tidak perlulah mengikut perangai mereka. Ya, jangan sekali-kali menukar peribadi anda hanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang-orang yang negatif. Tak payahlah cuba mengambil hati mereka dengan terikut-ikut perangai yang tidak senonoh dan berdosa.

Ikan-ikan di laut

Para pembaca, cuba tengok ikanyang hidup di dalam laut. Walaupun air laut masin semasin-masinnya tetapi aneh isi atau daging tetap tidak masin. Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jatidirinya yang tetap walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin. Inilah yang kita boleh pelajari daripada ikan. Jangan sekali-kali dicorakkan oleh suasana yang kita hadapi itu negatif. Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan perangai kita. Jdilah seperti ikan di laut.

Bahkan kalau mampu kita mencorakkan suasana. Ubah sikap kawan-kawan yang negatif kepada positif. Ubah persekitaran yang kotor menjadi contoh mengamalkan cara hidup yang mementingkan kebersihan. Bercakaplah dengan bahasa yang lembut, tutur kata yang sopan dan perlakuan-perlakuan yang beradap... Insya-Allah, lama kelamaan bukan sahaja anda tidak dipengaruhi oleh amalan-amalan negatif itu malah anda pula yang mempengaruhi mereka.

Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak terpengaruh oleh suasana persekitaran dan masyarakatnya yang jahilliah, bahkan bagindalah yang akhirnya berjaya mengubah masyarakatnya menjadi umat yang terbaik dengan keimananan dan kebaikan!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pakaian Solat Terkena Najis

Waktu Zuhur baru saja masuk semasa Maisarah sampai ke rumah, sekembali dari sekolah. Selepas berehat sebentar, dia mengambil keputusan untuk solat dahulu. Selepas solat barulah menjamah makan tengah hari dan sebagainya. Kebetulan emaknya juga mahu bersolat, mereka pun solat bersama-sama.

Selepas membuka telekungg selesai solat dan berdoa, Maisarah melihat ada najis tahi cicak di atas telekung itu. Dia yakin, najis itu melekat pada telekungnya sedari sebelum solat lagi. Maknanya, dia bersolat dengan memakai pakaian yang ada najis tahi cicak.

"Mak, telekung Sarah kena tahi cicak," kata Maisarah sambil menunjukkan telekungnya itu kepada emaknya.

"Baru kena ke...... dah lama?"tanya emaknya pula.

"Entahlah, rasanya masa sebelum sembahyang lagi."

Dalam masalah ini, Maisarah perlu pastikan dengan teliti tempat yang terkena tahi cicak itu. Sekiranya tedapat bauan atau najis itu basah serta mengeluarkan bau yang busuk, maka Maisarah perlu membasuh telekungnya iaitu yang terkena tahi cicak itu. Dan dia perlu mengulangi solatnya semula.

Tetapi jika najis itu kering dan tidak berbau, Maisarah hanya perlu membuang tahi cicak tersebut dari telekungnya dan tidak perlu mengulangi solatnya. Solatnya dikira sah.

Begitulah juga dengan tahi cicak yang jatuh di lantai masjid, surau, madrasah dan tempat-tempat lain. Sekiranya banyak, cair dan serta mengeluarkan bau yang busuk,maka ia perlu dibasuh. Tetapi sekiranya sedikit kering pula sifatnya serta tidak mengeluarkan bau maka ia dimaafkan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hiduplah Atas Usaha Sendiri

Dalam senarai nama orang-orang soleh zaman dahulu,ada satu nama yang sangat terkenal.Bahkan termasuk dalam kelompok wali Allah.Namanya Ibrahim bin Adham.Suatu masa,seorang kawannya bernama Al-Balkhi telah pergi berniaga ke satu negeri yang jauh.

Tetapi beberapa hari kemudian Al-Balkhi muncul semula.Hairan Ibrahim kerana cepat benar kawannya itu pulang.Di mana dia berniaga dan apa yang diniagakannya?Untuk menghilangkan tanda tanya,Ibrahim Adham lalu bertanya kepada Al-Balkhi.Dan Al-Balkhi pun menceritakan apa yang telah berlaku.

Semasa singgah berehat, dia ternampak seekor burung yang kudung kaki serta buta pula kedua-dua belah matanya. Terdetik di dalam hatinya, macam mana burung itu boleh hidup di dalam hal keadaan tidak boleh bergerak dan tidak boleh melihat?

Tidak lama kemudian datang seekor burung lain menghampirinya membawa sedikit makanan. Seharian Al-Balkhi duduk memerhatikan dua ekor burung itu. Ternyata burung cacat itu tidak kelaparan kerana berulang kali didatangi burung-burung lain membawa makanan untuknya.

"Lalu, aku pun membuat kesimpulan..." kata Al-Balkhi, "Kalaulah burung yang kudung dan buta tetap juga menerima pemberian rezeki dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki, sudah tentu dia akan memberi rezeki kepadaku sekalipun aku tidak bekerja."

"Oo... Jadi sebab itulah kamu balik semula?"

"Ya", jawab Al-Balkhi.

"Rendahnya fikiran kamu. Engkau sanggup meletakkan dirimu sama taraf dengan burung yang cacat. Dan engkau merelakan dirimu untuk hidup atas balas kasihan dan bantuan makhluk lain," Ibrahim mula memberikan nasihatnya.

"Mengapa tidak mencontohi burung yang seekor lagi tu? Ia bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidupnya sendiri dan keperluan hidup kawannya yang memang tidak mampu bekerja," tambah Syeikh Ibrahim b. Adham lagi. "Apakah engkau lupa tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang di bawah?"

Tiba-tiba Al-Balkhi seperti baru tersedar.Nasihat dan teguran bertalu-talu itu cukup untik mengetuk mindanya. Dia sudah tersalah membuat kesimpulan dan pilihan. Segera Al-Balkhi bangkit dan bersalam dengan Ibrahim.

"Wahai Abu Ishak[gelaran Ibrahim Adham], engkau memang guru kami yang baik" kata Al-Balkhi sambil tunduk mencium tangan Ibrahim. Kemudian bermohon diri untuk pergi berdagang semula.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengumpat

Mengumpat-Menyebut tentang diri seseorang sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahannya jika dia mendengarnya. Sama ada yang disebutkan itu sampai pada pengetahuannya ataupun tidak sampai.

Tentang Diri dan Keturunan- Mengatakan seorang itu rabun, juling, botak, pendek dan sifat-sifat lain yang boleh menjadikan dia berasa benci dan marah jika mendengarnya. Mengatakan abangnya jahat, ayahnya tukang angkut sampah, emaknya malas bekerja, dan sebagainya yang menyebabkan ia marah dan benci.

Tentang Ibadah- Mengatakan seseorang itu tidak mengambil berat tentang solat, memandang ringan hukum taharah[bersuci], tidak memandang tinggi kewajipan berzakat, tidak berbuat baik kepada ibu bapa, tidak pandai menjaga puasa daripada bercakap yang bukan-bukan dan sebagainya.

Tentang Akhlak- Mengatakn seseorang itu tak senonoh, kurang ajar, pengecut, zalim, pengkhianat, suka memperlekehkan orang, pembohong, suka menjatuhkan orang lain, makan banyak, kaki tidur, dan seumpamanya lagi yang boleh menjadikan dia marah jika mendengarnya.

Tentang Rumah, Kenderaan dan Pakaian- Memngatakan rumahnya buruk, sempit, nak runtuh dan sebagainya. Mengatakan basikalnya buruk, berkarat, basikal sedekah, dan sebagainya lagi yang boleh menjadikan dia benci dan marah jika mendengarnya. Mengatakan lengan bajunya terlalu panjang, seluarnya terlalu ketat, topinya kotor dan seumpamanya.

Dikira Mengumpat .....
Mengumpat bukan semata-mata dengan perantaraan lidah. Apa saja yang dilakukan yang boleh menunjukkan kepada maksud mengumpat, ia adalah dilarang dam dihukumkan haram. Termasuklah dengan tulisan,isyarat tangan, meniru gaya dan sebagainya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates