Welcome

Ibarat Aliran Masa



Cuba perhatikan air sungai yang mengalir. Cantik pada pandangan mata, merdu didengar oleh telinga. Hati yang sedih kadang-kadang terubat melihat air sungai yang mengalir. Namun ada waktunya air sungai deras. Bunyinya yang gemersik bertukar menjadi gemuruh. Airnya yang jernih bertukar menjadi keruh. Gerun kita melihatnya. Apa yang kita boleh pelajari daripada aliran sungai ini?

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasullah menyatakan rasa cintanya kepada baginda. Kali pertama dia menyatakan cintanya, Rasullah diam. Kedua juga diam. Ketiga, masih diam. Kemudian baru Rasullah SAW menyatakan bahawa jika benar sahabat itu mencintainya, bersedialah menghadapi ujian dan cabaran seperti melawan arus sungai yang mengalir deras. Maksudnya, ujian mencintai Rasullah sangat hebat. Sungguh dahsyat.

Jadi, apabila anda melihat air sungai yang deras, banyangkan begitulah ujian untuk meneladani Rasullah SAW Untuk mencontohi kebaikan baginda pasti ada kesusahan. Kadang-kadang diejek, dipulau malah disakiti orang. Jika berlalu demikian, urut-urutlah dada, tenangkan hati..... memang begitulah kenyataannya. Padang air sungai yang mengalir. Itulah pengajarannya, jalan kebenaran penuh ranjau. Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.

Sekali-sekala, pabila anda mendekati tebing sungai cuba cecahkan kaki dan sentuh airnya yang mengalir. Kemudian angkat kaki sejenak dan cecahkan sekali lagi. Baiklah, pada cecahan yang kdeua itu bolehkah anda amenjejak air yang disentuh pada cecahan pertama? Tidak mungkin! Air yang disentuh pada cecahan pertama terus mengalir dan tidak dapat disentuh pada cecahan kedua, ketifa atau seterusnya.

Apa yang dapat kita pelajari daripada hakikat ini? Sebenarnya anda, aliran suungai umpama aliran masa. Masa berlalu yidak akan dapat dimiliki semual sepertimana kita tidak mungkin dapat menjejaki aliran air sungai yang telah dijejaki kali pertama. Masa ialah nyawa kita. Kita tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Jika kita mengisinya dengan kebaikan, kebaikan itu tersimpan sebagai pahala.Sebaliknya, jika diisi dengan kejahatan, ia akan kekal sebagai dosa melainkan kita bertaubat dan memohon ampunan Allah SWT.

Kata Imam al-Ghazali rhm, "Yang paling jauh sekali bukan matahari, bukan bulan.... tetapi masa lalu.," Jadi, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Jangan sekali-kali membuang masa sia-sia apalagi yang mendatangkan dosa. Jika air paip di rumah tidak dapat diberhentikan kerana kerosakan paip, cepat kita memanggil tukang paip. Namun pernahkah kita terfikir betapa banyak masa mengalir sia-sia dalam hidup tanpa kita manfaatkan? Ingat, masa itu nyawa. Mensia-siakannya lebih merugikan kita berbanding wang ringgit terpaksa dibayar kerana kita membazir air!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Ibarat Aliran Masa"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates