Welcome

BANJIR MENJADI LAUTAN

Melihat ejekan dan sendaan kaimnya yang tidak berkurangan, akhirnya Nabi Nuh a.s menjawab juga. Mudah-mudahan dengan jawapan yang berupa ancaman itu akan memberi kesedaran kepada umat yang sesat. Namun kaum yang keras hati ini tidak mudah hendak disedarkan.

"Kalau kalian masih mengejekku dan pengikut-pengikutku, tunggulah. Kami akan menghinami nanti," kata Nabi Nuh a.s.

"Apabila bahtera siap dibina, tanda-tanda akan turunnya azab mula kelihatan. Air mula terpancar keluar dari bumi. Namun hal itu tidak diendahkan oleh kaum Nabi Nuh yang derhaka. Mereka masih tetap menafikan kerasulan NabiNuh.

Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh a.s mengumpul semua jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan, masing-masing sepasang (jantan dan betina) untuk dibawa ke dalam bahtera. Nanti akan berlaku banjir yang dahsyat, memusnahkan segala hidupan.

Kemudian Nabi Nuh membawa para pengikutnya menaiki bahtera. Tetapi sebelum ini terlebih dahulu baginda berpesan, "Naiklah dengan mendahulukan kaki kanan serta berzikir kepada Allah SWT, sampailah kalian semua turun nanti."

Nabi Nuh berkata lagi, "Sama sekali bukanlah bahtera ini yang menyelamatkan kalian. Tetapi hadapkan hati kepada Allah kerana hakikatnya Dialah yang menjalankan dan hentikan bahtera ini nanti."

Air semakin banyak keluar dari bumi. Berkumpul dengan air yang turun dari langit. Allah menurunkan hujan selebat-lebatnya, Tidak pernah berlaku hujan selebat itu. Terbentuklah lautan banjir yang amat dahsyat dan mengerunkan.

Berombaj dan bergelombang melepasi puncak gunung. Keadaan sungguh menakutkan. Tidak ada yang dapat menyelamatkan diri selain penumpang bahtera Nabi Nuh a.s . Turut terkorban dalam azab Allah itu ialah anak lelaki Nabi Nuh serta isterinya baginda. Mereka tidak mahu menerima seruan yang dibawa oleh Nabi Nuh.

Cukup waktu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t , hujan pun berhenti. Air yang memancar keluar dari bumi juga berhenti. Air semakin surut. Bahtera besar Nabi Nuh pun terdampar di atas gunung yang bernama al-Juud. Turunlah para penghuni bahtera untuk permulaan penghidupann yang baru...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "BANJIR MENJADI LAUTAN"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates