Welcome

Pengislaman Pengemis Buta

Di satu sudut pasar Madinah Munawarah, ada seorang pengemis Yahudi buta meminta simpati orang ramai. Apabila ada orang mendekatinya, dia akan berkata, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia adalah seorang pembohong, orang gila dan ahli sihir. Jika kamu mendekatinya, kamu akan dipengaruhinya."

Namun, tanpa disedari olehnya, Rasullah SAW yang selalu mendatanginya setiap pagi dengan membawa makanan. Malah Rasullah SAW sendiri menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu,tanpa bersuara .Walaupun pengemis itu selalu memburukkan baginda, baginda tetap membawa makanan dan menyuapnya kepada pengemis sehingga beliau wafat. Sejak itu tidak ada lagi yang membawakan makanan kepada pengemis itu.

Pada suatu hari khalifah Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya, Siti Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya,"Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku Muhammad yang belum aku lakukan?"

Siti Aisyah menjawab, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada sayu sunnah pun ayahanda lakukan kecuali satu sunnah sahaja."

"Apakah itu anakku?"tanya khalifah Abu Bakar.
"Setiap pagi, Rasullah SAW selalu pergi ke satu sudut pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta yang berada di sana." jelas Siti Aisyah.

Keesokan harinya, khalifah Abu Bakar pun pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Baginda menghampiri pengemis itu dan menyuapkan makanan itu kepada si pengemis itu. Bagaimanapun pengemis itu marah dan berteriak,"Siapakah kamu?"

"Akulah orang yang biasa mendatangimu dan menyuapmu," kata khalifah Abu Bakar.
"Tidak! Engkau bukanlah orang yang biasa mendatangiku. Orang yang mendatangiku, apabila dia fayang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah makanan tersebut telah dilembutkan dengan tangannya terlebih dahulu. Orang itu sendiri yang menyuapku." jelas pengemis itu.

Sayidina Abu Bakar tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis sambil berkata, "Aku memang bukan orang yang biasa menemuimu. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada lagi. Dia ialah Muhammad, Rasullah SAW"

Selepas mendengar cerita khalifah itu, si pengemis Yahudi buta pun menangis dan menyesal kerana telah memburukkan Rasullah SAW kepada semua orang. Akhirnya pengemis tersebut memeluk Islam di hadapan khalifah Abu Bakar.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pengislaman Pengemis Buta"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates