Welcome

Batas-Batas Aurat

Aurat berasal dari bahasa arab, 'aurah', yang beerti keaiban. Menutup aurat bermakna menutup keaiban kita. Mendedahkan aurat bermakna kita sendiri mendedahkan keaiban kita. Dalam fikah, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan.

DALIL WAJIB MENUTUP AURAT.
Dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman, "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh badannya[semasa mereka keluar];cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal[sebagai perempuan yang baik-baik] maka dengan itu mereka tidak diganggu dan [ingatlah] Allah adalah Maha Pengampun. lagi Maha Mengasihani"
[Surah al-Ahzab:59]

MUKA DAN TAPAK TANGAN
Sayidatina Asma' binti Abu Bakar r.a. pernah berpakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasullah s.a.w berpaling seraya mengingatkan, "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini [sambil menunjukkan muka dan telapak tangannya]
]Riwayat Abu Dawud]

JANGAN PANDANG
Rasullah s.a.w bersabda, "Tidak boleh seseorang lelaki lain memandang kepada aurat seseorang lelaki lain dan tidak boleh juga seorang wanita memandang kepada aurat wanita lain dab tidak boleh seseorang lelaki itu bergesel-gesel dengan seorang lelaki lain di dalam satu pakaina[cadar atau selimut], dan begitu juga tidak boleh seseorang wanita bergesel-gesel dengan seorang wanita lain di dalam satu pakaian [selimut atau cadar]

[Riwayat Muslim]

AURAT DAN AKHLAK
Aurat wanita Muslim dan wanita yang buukan Muslim ialah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Begitulah aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan muhrimnya iaitu meliputi seluruh anggota tubuh badan wanita itu. Manakala sesama wanita Muslim pula ada kelonggaran sedikit. Namun pada masa yang sama tetap perlu menjaga batas akhlak dan kesopanan berpakaian yang menimbulkan fitnah seperti bahagian dada, paha dan seumpanya tetap diharamkan.

BERPAKAIAN SOPAN
Aurat lelaki yang tak boleh dilihat oleh lelaki lain ialah antara pusat dan lutut. Namun adab kesopanan seorang Muslim perlu lebih dipelihara agar menampakkan akhlak Islam yang mulia. Berpakaianlah secara sopan dan kemas.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Batas-Batas Aurat"

Post a Comment

Copyright 2009 Islamic Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Entries RSS & Comments RSS
Converted by Theme Craft
This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates